Content feed Comments Feed

Bidang Tugas Guru Data Di Sekolah

Posted by Admin Tuesday, March 17, 2009


Saya sering tertanya-tanya mengapakah pihak MOE mewujudkan jawatan guru data di sekolah. Setelah membuat sedikit penyelidikan melalui laman web MOE, akhirnya saya mendapat jawapannya. Yang paling mustahak saya nak tahu ialah bidang tugas seorang guru data di sekolah. Bukannya apa sangat, yang teman menggelegak telinga tu bila time nak mintak data guru-guru Sains & Matematik, sekali guru data cakap data terlalu besar dan tak muat pen-drive konon. Setelah gagal mendapatkan data peribadi guru-guru tadi, saya terpaksa pula menggeledah fail-fail peribadi guru berkenaan di pejabat sekolah (fail kertas).

Jadi, persoalan yang bermain di benak pada ketika itu ialah:

Apa sebenarnya peranan seorang guru data di sekolah dari aspek memudahkan kerja seseorang guru seperti guru buku teks, guru biasiswa, setiausaha peperiksaan PMR,SPM dan sebagainya.

Bagi rakan guru yang belum tahu dan terasa ingin nak tahu, sila download di bawah ini:

Download link:

Syarat Lantikan & Bidang Tugas Guru Data Sekolah

Tweet This

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Visitors

Free counter and web stats