Content feed Comments Feed

Soalan Percubaan SPM SBP 2008

Posted by Admin Wednesday, June 24, 2009



Sijil Pelajaran Malaysia

Bahasa Melayu [ k1 ] [ k2 ]
Bahasa Inggeris [ k1 ] [ k2 ]
Sejarah [ k1 ] [ k2 ]
Pendidikan Islam [ k1 ] [ k2 ]

Math [ k1 ] [ k2 ]
Add Mth 1 [ k2 ]
(analisa ADD MTH SPM)

Fizik [ k1 ] [ k2 ] [ k3 ][skema]
Kimia [ k1 ] [ k2 ] [ k3 ][ skema ]
Biologi [ k1 ] [ k2 ] [ k3 ]
EST [ k1 ] [ k2 ]

Semua skema disertaka bersama soalan

Permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP)

Keterangan:
Pemilihan dan pencalonan pelajar bagi kemasukan ke Tingkatan Satu dan Tingkat Empat di SBP.

SEDIKIT MAKLUMAT KPD SESIAPA YG BERMINAT NAK APPLY KE SBP/SEK. BERASRAMA PENUH
PENCALONAN PELAJAR KE TINGKATAN SATU (1)
Syarat Pemilihan
  • Warganegara Malaysia.
  • Pelajar Sekolah Kebangsaan sahaja.
  • Berminat memasuki sekolah Berasrama Penuh.
  • Aktif dalam kokurikulum.
  • Mencapai 5A atau 4A 1B dalam UPSR (Matematik dan Sains mesti gred A).
  • Dicalonkan oleh Jawatankuasa Pencalonan Sekolah.
  • Disahkan oleh Jawatankuasa Pengesahan Pencalonan.

PENCALONAN PELAJAR KE TINGKATAN EMPAT (4)
Syarat Pemilihan

  • Warganegara Malaysia.
  • Pelajar Sekolah Bantuan Penuh atau Bantuan Kerajaan.
  • Aktif dalam Kokurikulum.
  • Kelayakan akademik seperti berikut:
  • Sekurang-kurangnya gred A bagi 6 mata pelajaran tidak termasuk mata pelajaran Bahasa Asing / Bahasa Antarabangsa.
  • Mendapat gred B dalam mata pelajaran yang lain
  • Untuk ke Tingkatan 4 Aliran Agama / Sains Agama, pemohon hendaklah memperolehi gred A bagi mata pelajaran Pendidikan Islam dan sekurang-kurangnya Gred C bagi mata pelajaran Bahasa Arab Komunikasi

BORANG
Borang Pencalonan (Tingkatan 1) dan Borang Permohonan (Tingkatan 4) boleh diperoleh secara percuma di sekolah masing-masing. Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran tidak menyediakan sebarang borang bagi tujuan pencalonan dan permohonan tersebut.

PROSEDUR PENCALONAN PELAJAR TINGKATAN SATU (1)

  1. Jawatankuasa Pencalonan Sekolah mencalonkan murid Tahun 6 menggunakan borang A/SST1 dan B/SST1
  2. Guru Besar menghantar Borang A/SST1 dan B/SST1 ke JPN/PPD/PPG
  3. Jawatankuasa Pengesahan Pencalonan JPN/PPD/PPG membuat pengesahan pencalonan
  4. Borang A/SST1 dan B/SST1 yang telah disahkan disimpan oleh JPN/PPD/PPG
  5. Borang A/SST1 diserahkan kepada JK Pelaksana Pencalonan Secara Online yang diketuai oleh Pegawai Data JPN/PPD/PPG
  6. JK Pelaksana Pencalonan Secara Online ‘key in’ data melalui Sistem Pencalonan Dalam Talian (SPDT) dan mencetak Akuan Penerimaan Permohonan (APP)
  7. Borang A/SST1 dan Salinan APP disimpan di JPN/PPD/PPG sebagai rekod
  8. Keputusan UPSR dikeluarkan
  9. Pemilihan dan Penempatan Pelajar diumumkan – boleh semak melalui on-line :
  10. e-rayuan dibuka
  11. Pendaftaran Pelajar Ambilan 1
  12. Pendaftaran Pelajar Ambilan 2

Rayuan ke tingkatan 1 boleh dibuat secara:

  1. e-rayuan melalui laman web KPM selepas tawaran ambilan 1 diumumkan
  2. Menulis surat berserta salinan sijil lahir dan salinan sijil-sijil pencapaian tertinggi kokurikulum kepada Pengarah Bahagian Sekolah KPM

PROSEDUR PERMOHONAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT (4)

  1. Dapatkan Borang Permohonan A/SST4 ke Tingkatan 4 dari JPN/PPD/PPG atau sekolah
  2. Penuhkan Borang Permohonan A/SST4 ke Tingkatan 4 dan hantar kepada Pengetua
  3. Pengetua membuat perakuan maklumat dalam Borang Permohonan A/SST4 ke Tingkatan 4
  4. Pihak sekolah (Pengetua) menghantar Borang Permohonan A/SST4 ke Tingkatan 4 dan Senarai Pemohon kepada JPN/PPD/PPG untuk tujuan pengesahan
  5. JPN/PPD/PPG mengagihkan Borang Permohonan ke Tingkatan 4 kepada Guru Penyelaras IT di SBP
  6. Penyelaras IT di SBP akan ‘key in’ data melalui Sistem Permohonan Dalam Talian (SPDT) dan mencetak Akuan Penerimaan Permohonan (APP)
  7. Salinan APP dihantar ke JPN/PPD/PPG untuk disimpan sebagai rekod
  8. Keputusan PMR dikeluarkan
  9. Pemilihan dan Penempatan Pelajar diumumkan – boleh disemak melalui on-line : e-rayuan dibuka
  10. Pendaftaran Pelajar Ambilan 1
  11. Pendaftaran Pelajar Ambilan 2

Rayuan ke tingkatan empat (4) boleh dibuat secara:

  1. e-rayuan melalui laman web KPM selepas tawaran ambilan 1 diumumkan
  2. Menulis surat (sila nyatakan aliran yang dipohon) berserta salinan sijil lahir dan sijil-sijil pencapaian tertinggi kokurikulum kepada Pengarah Bahagian Sekolah KPM

Rujukan: MOE


Maklumat Lanjut :
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Profil Jabatan
Kementerian Pelajaran Malaysia

Tweet This

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Visitors

Free counter and web stats