Content feed Comments Feed

Soalan Ramalan Pengajian Am STPM 2009?

Posted by Admin Wednesday, July 29, 2009


RAMALAN 1
Fenomena blog semakin mendapat perhatian sejak akhir-akhir ini di negara kita. Pelbagai jenis blog wujud di alam maya, ada blog yang cenderung kepada kebaikan dan tidak kurang pula yang membawa kepada keburukan. Bincangkan kebaikan dan keburukan kewujudan blog dalam konteks negara kita Malaysia.

RAMALAN 2
Gejala rasuah kian berleluasa dan semakin membimbangkan penduduk di negara kita kerana kesannya amat teruk kepada kesejahteraan negara serta keharmonian masyarakat. Bincangkan punca-punca dan langkah-langkah untuk mengatasi gejala rasuah di Malaysia.

RAMALAN 3
Masalah sosial yang paling kritikal dan hangat diperkatakan ialah masalah keganasan rumah tangga. Bincangkan punca-punca berlakunya masalah.

RAMALAN 4
Barah payu dara bagaikan pembunuh nombor satu wanita pada abad ini. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan penyakit berbahaya ini.

RAMALAN 5
Malaysia merupakan antara sebuah negara membangun yang berjaya melaksanakan misi penerokaan angkasa lepas. Pada pendapat anda, apakah kepentingan misi ini kepada negara kita.

RAMALAN 6
Setiap kali menjelang hujung tahu kebanyakan negeri di Semenanjung Malaysia akan mengalami banjir. Bincangkan punca-punca dan langkah-langkah untuk mengatasi masalah ini.

(grabbed from forum. Ramalan = tidak semestinya betul)

Tweet This

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Visitors

Free counter and web stats